CS:GO: Sphynx Umum Roster Baru Untuk WESG SEA Final
2018-11-29T09:26:57
By: Hazril Md Nor

CS:GO: Sphynx Umum Roster Baru Untuk WESG SEA Final

 

Skuad CS:GO wanita negara, Sphynx mengumumkan kemasukan ahli baru bagi menghadapi pusingan akhir WESG SEA bagi kategori CS:GO: Female yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Disember ini.

Dari kiri: Iffah ‘3ve;’ Nazurah, Aisya ‘Argent’ Sabrina, Veronica ‘ronlet’ Ng, Jasmine ‘Jazminism’ Sim, Shanice ‘Alaska’ Choo dan Ramona ‘GFi#’ Azween

Veronica ‘ronlet’ Ng, kapten untuk 1P. Sucre dari 1 Percent akan menyertai 3ve, Argent, Jazminism, Alaska dan GFi#. 

Sphynx sebelum ini memenangi kelayakan Malaysia untuk WESG SEA.

Pastinya line-up ini akan menggugat lagi 9 pesaing Asia Tenggara lain yang akan menyertai sama WESG SEA Final nanti bagi merebut USD75,000 (kira-kira RM314,000)!

WESG SEA Final mempertandingkan DOTA 2, Counter Strike: Global Offensive, Hearthstone, Starcraft II dan juga Vainglory. Pastinya Sphynx mahu merebut slot empat teratas bagi melayakkan mereka untuk mara ke kejohanan WESG International awal tahun depan di China.

Kesemua sumber imej daripada Facebook Sphynx.My

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati