Code Vein Akan Dilancarkan Pada 27 September Ini – Saksikan Trailer Terbaru
2018-06-05T03:49:30
By: Hazril Md Nor

Code Vein Akan Dilancarkan Pada 27 September Ini – Saksikan Trailer Terbaru

 

E3 makin hampir jadi tak hairanlah bila syarikat besar kini mencetuskan hype untuk game keluaran mereka. Ini termasuklah Bandai Namco yang kini melancarkan trailer terbaru untuk permainan aksi/pengembaraan Code Vein tapi juga tarikh rasmi pelancarannya.

Trailer selama 6 minit itu dimulakan dengan gambaran dunia yang dah tak lagi aman dan memperkenalkan beberapa musuh yang membawa senjata.

Tapi disebabkan karakter itu bercakap dalam bahasa Jepun dan tiada sari kata maka susah nak bayangkan kemelut dalam permainan ini. Tapi kita diperkenalkan dengan protagonis utama dan juga musuh yang akan dijumpai sepanjang permainan.

Dalam permainan ini juga ada teknik mengelak (dodging) dan serangan balas.

Code Vein akan dilancarkan pada 27 September di Xbox One dan PlayStation 4; dan 28 September untuk PC. Peminat Code Vein pasti menantikan game ini sekian lama.

Sumber: Comicbook 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati