Capcom Menjelaskan Kenapa Resident Evil 2 Bukanlah Remake
2018-07-05T06:30:13
By: Hazril Md Nor

Capcom Menjelaskan Kenapa Resident Evil 2 Bukanlah Remake

 

Persidangan Sony di E3 2018 adalah lebih berlainan kali ni tapi tak bermakna tak seronok! Pendedahan Resident Evil 2 tak hilang auranya apabila kita melihat Leon kembali beraksi dalam HD dan bagaimana Capcom revamp permainan klasik mereka.

Mike Lunn, Pengurus Jenama Capcom bagaimanapun mengatakan permainan ini bukanlah remake tapi lebih daripada itu.

Lunn berkata, mereka menggunakan pendekatan berbeza kali ini. “Untuk mereka yang bermain game ini, ada yang main sekejap, dan ada juga main beribu kali kerana ia permainan kegemaran. Bagi yang main beribu kali, kami ingin ia jadi fresh. Sebab itu kami tak panggilnya Resident Evil 2 Remake. Ia adalah permainan yang dibangunkan dari asasnya,”

Lunn menyambung, sebagai contoh ada babak yang mana kita berjalan menerusi balai polis dan lurker yang berjalan di tepi tingkap.

”Dalam permainan asal ia sering berlaku. Kami tak masukkannya kerana jumpscares, teka teki dan kami ingin anda tercabar dengan itu (lurker). Kami ingin anda ditakutkan oleh lurker, bukan saja dengan mengubah posisinya di bangunan berlainan tapi mengubahnya semua sekali. Sebab kami ingin membuatkan anda terkejut. Walaupun ia berubah, tapi plotnya masih sama. Tapi ada kejutan yang lain juga,”

Resident Evil 2 (bukan remake) akan hadir pada 25 Januari ini di PlayStation 4, PC dan Xbox One.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail