Cadangan pelepasan cukai untuk industri esukan Malaysia – Zahid Hamidi
2025-12-08T04:25:39
By: Mike

Cadangan pelepasan cukai untuk industri esukan Malaysia – Zahid Hamidi

 

Esukan di Malaysia berkembang dengan begitu mendadak sejak beberapa tahun ini.

Industri ini kini menjadi salah satu penjana besar untuk penciptaan kandungan, latihan dan penghasilan digital.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan negara ini bukan sahaja memberi fokus untuk mengasah bakat atlet tetapi sektor ini perlu menjadi industri yang lebih mampan untuk mencipta pekerjaan baru dan juga nilai ekonomi jangka masa panjang.

“Apa yang perting bukan sahaja peserta atau atlet yang terlibat. Kandungan esukan tersebut perlu menjadi lebih membangun,” ujar Zahid Hamidi.

Berdasarkan laporan dari New Straits Times, Zahid membuat ucapan ini selepas melihat Malaysia mempertahankan takhta IESF World Esports Championships (WEC) dengan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja semalam.

Beliau juga mengatakan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memperkenalkan subjek mencipta kandungan esukan sebagai langkah untuk memprofesionalkan sektor yang kian mengembang ini.

“Malaysia sudah dikenali sebagai penganjur esukan dan pasukan kita menjadi juara pada tahap global. Malah hari ini pun, Malaysia juara dunia,” tambah beliau lagi.

Katanya, TVET akan terus menawarkan program esukan termasuk GiatMara dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

“Kami juga bercadang untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat ini. Mereka juga boleh menaja kursus esukan di TVET,” kata beliau.

Insentif ini dapat meningkatkan lagi status Malaysia sebagai kuasa besar esukan disamping menjana lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga muda Malaysia.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail