Katsuhiro Harada semalam mengumumkan pemergiannya dari Bandai Namco.
Dia yang kini berusia 55 tahun berjaya membina francais Tekken dalam lebih 30 tahun sehinggalah Tekken 8 yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas.
Pengumuman ini dibuat di laman X Katsuhiro Harada sendiri.
I’d like to share that I’ll be leaving Bandai Namco at the end of 2025.
With the TEKKEN series reaching its 30th anniversary—an important milestone for a project I’ve devoted much of my life to—I felt this was the most fitting moment to bring one chapter to a close.My roots lie…
— Katsuhiro Harada (@Harada_TEKKEN) December 8, 2025

Foto: Bandai Namco
Beliau juga mengatakan keputusan ini bukan mudah untuk dilakukan dan dia sudah mengikuti nasihat dari Ken Kutaragi — Bapa PlayStation untuk membuat keputusan berhenti dari Bandai Namco.
Harada menyertai Namco pada awal 90-an untuk membangunkan Tekken versi arked. Selepas beberapa tahun bekerja dia kini menjadi ‘wajah’ untuk Tekken.
Dia kini dikenali ramai dengan trademark memakai kaca mata hitam dan menunjukkan penumbuk sebagai menyokong Tekken ‘The King of Iron Fist’.
Pada tahun 1998, Harada dipuji ramai selepas mengeluarkan Tekken 3 yang dianggap sebagai salah satu permainan video berlawan terbaik sehingga sekarang.
Adakah hala tuju Tekken selepas ini bakal berubah dalam skala yang besar?