Battlefield V Mungkin Akan Menyertakan Fungsi Crossplay
2018-07-29T01:30:02
By: Hazril Md Nor

Battlefield V Mungkin Akan Menyertakan Fungsi Crossplay

 

Fungsi cross-platform dah lama diperdebatkan dan Fortnite antara permainan video yang berani menggunakan sistem itu. 

Bagi permainan lain seperti Battlefield V pula, masih ada tanda tanya kalau DICE akan menggunakan langkah sama.

Chris Evenden dari EA mengatakan “Kami ingin meneroka lagi bagaimana untuk membawakan fungsi ini (crossplay) menjadi kenyataan sama seperti Fortnite memandangkan ada permainan kami mempunyai playerbase dari pelbagai platform. Untuk membawakan PC kepada mobile atau mobile kepada konsol boleh menyatukan keluarga dan kawan-kawan dan kami rasa ia adalah salah satu dari pelan besar kami pada masa depan,”

Valve, Nintendo dan Microsoft juga sedang meneroka sistem ini, Sony pula masih belum memberi kata putus. Dengan kejayaan judul eksklusif PS4 mereka, Sony belum ingin untuk mendekatkan jurang platform itu.

Battlefield V dianggap sebagai entri yang sangat imersif dan promising dengan customization lebih banyak berbanding dulu dan penambahan mod seperti Fortifications dan Grand Operations. DICE juga tak berapa gemar dengan trend membuang mod single-player untuk memenuhi permintaan peminat yang menyukai storytelling mengenai latar peperangan yang belum pernah dialami.

DICE berkata “Perang takkan lagi sama. Sertai konflik terbesar manusia apabila Battlefield kembali ke akarnya (asal) dalam penyampaian Perang Dunia Kedua yang terbaru dan belum pernah dilihat. Berdepan dengan peperangan dan saksikan drama manusia yang menghadapi perang dunia dalam lokasi yang epik dan tak dijangka. Ini adalah Battlefield V. Battlefield yang paling mendalam dan imersif setakat ini,”  

Ia akan dilancarkan pada 19 Oktober di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail