2K Mengesahkan WWE 2K19 Tak Akan Hadir Ke Nintendo Switch
2018-07-09T09:49:10
By: Hazril Md Nor

2K Mengesahkan WWE 2K19 Tak Akan Hadir Ke Nintendo Switch

 

2K mengesahkan yang WWE 2K19 tak akan mengikut jejak langkah WWE 2K18 menyokong platform Nintendo Switch dan akan skip pelancaran di konsol itu.

Mereka tak memberikan komen tentang edisi baru siri gusti itu tak akan dilancarkan di Switch tapi ia mungkin berkaitan dengan backlash yang diterima WWE2K18 versi Switch.

Kenapa? Ini kerana versi itu dikritik dengan sekerasnya oleh pengkritik dan komuniti, mengmpulkan 35 markah reviu di Metacritic dan markah pengguna yang sangat teruk pada 16 mata. Backlash itu agak teruk dan membuatkan 2K berfikir dua kali untuk melihat potensi di Switch.

Kenyataan rasmi oleh 2K dikeluarkan hari ini dengan menyebut:

“WWE 2K19 tak akan berada di Switch. 2K memfokuskan pengalaman bermain lebih lancar untuk semua peminat dan akan terus mempertimbang dan menilai potensi untuk platform tambahan,” 

Walaupun penyelesaian ini sangat difahami tapi 2K nampaknya tak berhasrat untuk mengoptimum atau memperbaiki apa jua masalah sebaliknya meninggalkan terus platform itu.

WWE 2K19 akan hadir pada 9 Oktober di Xbox One, PlayStation 4 dan PC.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail