TV Show Street Fighter Akan Hadir Tak Lama Lagi – Ryu & Ken Jadi Watak Utama
2018-03-26T06:43:23
By: Hazril Md Nor

TV Show Street Fighter Akan Hadir Tak Lama Lagi – Ryu & Ken Jadi Watak Utama

 

Akan ada rancangan televisyen Stret Fighter tak lama lagi. Eh biar betul?

Ya, menurut laporan dari Deadline Hollywood, syarikat penerbitan dan produksi Entertainment One menandatangani projek yang dijalankan oleh krew yang mengusahakan Street Fighter: Assassin’s Fist, satu siri web dilancarkan pada 2014. Projek itu mendapat sokongan penuh oleh Capcom.

Rancangan itu akan menampilkan plot yang diperkenalkan dalam Street Fighter 2: The World Warrior pada 1991. Kita akan nampak karakter klasik seperti Ryu, Ken, Guile, Chun-Li dan M. Bison.

Presiden Entertainment One, Mark Gordon akan terbabit dalam projek itu. Syarikat beliau sebelumnya, The Mark Gordon Company yang terkenal dengan Saving Private Ryan dan Speed kini mengambil alih Entertainment One.

“Selepas menjalani kajian yang lama dan dibantu krew dari Assassin’s Fist, kami berbangga untuk berkolaborasi bersama syarikat penerbitan seperti Mark Gordon dan eOne. Mereka mempunyai kepakaran untuk membantu kami melancarkan adaptasi Street Fighter sebagai rancangan televisyen – Produser Eksekutif Capcom untuk siri Street Fighter, Yoshinori Ono.

Assassin’s Fist adalah siri 12 episod yang memfokuskan Ken dan Ryu dan diterbitkan untuk Machinima serta disiarkan di Youtube. Siri itu asalnya bermula sebagai projek Kickstarter pada 2013 sebelum menerima bantuan dana yang tak didedahkan. Siri penuh boleh didapati di Amazon Video untuk dilanggan dan juga DVD serta Blu-ray.

Sumber: Digital Trends

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail