Steam Machine dianggar berharga RM2,890 – Linus Tech Tips
2025-12-01T04:17:10
By: Mike

Steam Machine dianggar berharga RM2,890 – Linus Tech Tips

 

Steam Machine baru sahaja diumumkan awal bulan lepas dan akan dilancarkan pada tahun depan.

Tetapi harga Steam Machine sentiasa menjadi tanda tanya kerana tidak diumumkan oleh Valve lagi.

Dalam satu video analisa Linus Tech Tips, dia berjaya membina sebuah PC dengan spesifikasi yang sama dengan konsol baru Valve ini.

Menurut Linus, jika Steam Machine dibina dengan harga paling rendah, kos akan menjadi AS$602 (RM2,489).

Namun demikian, mengikut harga pasaran sekarang kos akan menjadi setinggi AS$910 (RM3,763) atau AS$813 (RM3,362) dengan barang jenama lain.

“Ini bermakna harga ialah AS$699 (RM2,890), jika tiada apa-apa perubahan harga pasaran,” ujar Linus.

Harga ini mengambil kira margin keuntungan, penjualan terus ke pelanggan dan keupayaan untuk mendapat komponen dengan lebih murah.

“Steam Machine bakal mempunyai harga yang berbaloi, tanpa meremehkan harga pasaran,” tambahnya lagi.

Valve mengatakan mereka akan mengumumkan harga dalam masa terdekat. Kejayaan Steam Machine kini terletak ke atas harga sama ada ia berbaloi atau tidak.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati