State Of Decay 2 Mencatatkan 1 Juta Jumlah Pemain Dalam Masa Dua Hari!
2018-05-28T05:05:07
By: Hazril Md Nor

State Of Decay 2 Mencatatkan 1 Juta Jumlah Pemain Dalam Masa Dua Hari!

 

Selepas dua hari saja dilancarkan di Xbox One dan PC, permainan zombi dunia terbuka dan co-op sehingga tiga pemain kini menunjukkan sinar harapan apabila mengumpulkan satu juta pemain!

Bagaimanapun, perlu diingatkan yang jumlah pemain ini tak bermakna sama dengan jualan permainan ini. State of Decay 2 sekarang boleh didapati di Xbox Games Pass dan servis penstriman Xbox One. Pelanggan servis ini boleh bermain game itu dengan percuma.

Selain angka mengejutkan itu, Undead Labs dan Mircrosoft berkongsi pada tarikh 18 Mei hingga 22 Mei, pemain dah pun bermain lebih 6 juta jam dan strim lebih 3.5 juta jam di Mixer, Twitch dan Youtube dengan 41,000 siaran.

Dalam permainan pula, pemain dah membelasah dan membunuh lebih 675 juta zombi, membaling 6 juta mercun dan bunga api, makan 6 juta snek di dalam beg, membaca 2 juta buku nota dan secara puratanya survived lebih daripada 3 hari dalam permainan.

State of Decay 2 pada hari pelancarannya, mendapat reviu yang OK kerana terdapat banyak bugs walaupun dimainkan di Xbox One X.

Sumber: Gamespot

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati