Spesifikasi Minimum Untuk Battlefield V Dilaporkan Tidak Tepat
2018-06-07T07:13:01
By: Hazril Md Nor

Spesifikasi Minimum Untuk Battlefield V Dilaporkan Tidak Tepat

 

Nampaknya spesifikasi yang mengatakan kalau korang boleh bermain Battlefield 1 di PC bermakna korang juga boleh bermain Battlefield V dengan lancar sebenarnya dilaporkan tak tepat! Alamak!

Jawapan dari Pengurus Komuniti EA, Dan Mitre sendiri mengesahkan spesifikasi yang ditunjukkan itu hanyalah dianggap sebagai placeholders saja. Memang benar pun sebab pertama kali lihat spesifikasi sama tu, macam pelik kerana pastinya Battlefield V menggunakan had grafik lebih tinggi berbanding Battlefield 1 yang beberapa tahun dulu.

Buat masa ini, EA masih belum umumkan spesifikasi sebenar dan mereka telah memadamkan info itu di laman web Origin. Peminat perlu menanti saja sehingga bulan 19 Oktober menghampiri. Battlefield V akan hadir ke PlayStation 4, PC dan Xbox One.

Sumber: Twitter

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail