Sekiro: Shadows Die Twice Akan Dilancarkan Pada 22 Mac 2019
2018-11-13T03:24:02
By: Hazril Md Nor

Sekiro: Shadows Die Twice Akan Dilancarkan Pada 22 Mac 2019

 

Permainan seakan Ghost of Tsushima, Sekiro: Shadows Die Twice yang dibangunkan oleh FromSoftware (Demon’s Souls, Bloodborne) dengan kolaborasi bersama Activision Publishing Inc akan dilancarkan pada Jumaat, 22 Mac 2019.

Sekiro: Shadows Die Twice adalah permainan aksi kembara dengan elemen RPG. Sedikit mengenai konsepnya, ia memfokuskan pertarungan Shinobi ketika era Sengoku, salah satu era yang membawakan peristiwa berdarah dalam sejarah Jepun.

Korang juga boleh expect perlawanan pedang dan pelbagai aksi lain menggunakan prosthetic ninja arm. Pada Ogos lepas, ia memenangi anugerah Best of Gamescom di Gamescom 2018 dan meraih perhatian komuniti gaming di seluruh dunia.

Kalau korang beli Standard Edition dalam bentuk CD dan pembelian awal edisi digital, korang akan menerima digital art works yang memaparkan concept art dan Original Mini Soundtrack yang termasuk soundtrack dalam permainan. 

Pra-tempahan untuk edisi digital pada 21 Mac 2019 dan korang akan menerima tema original PS4 sebagai bonus.

Edisi terhad Sekiro: Shadows Die Twice iaitu Collector’s Edition pula boleh didapatkan pada 22 Mac 2019 dan akan mempunyai: figura 18cm, satu art book, peta, Steelbook, replika untuk game coins dan soundtrack digital.

Ini adalah harga bagi setiap edisi permainan ini:

  • Collector’s Edition (SRP) – RM 479
  • Blu-ray Disc version (SRP) – RM 209
  • Digital Download version (SRP) -RM 199

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating