Resident Evil 2 Remake Boleh Dimainkan Di Acara PlayStation Experience 2018 Di Bangkok, Thailand
2018-07-20T06:40:49
By: Hazril Md Nor

Resident Evil 2 Remake Boleh Dimainkan Di Acara PlayStation Experience 2018 Di Bangkok, Thailand

 

PlayStation Experience adalah acara gaming yang dinantikan di Asia Tenggara termasuklah di Malaysia apabila ia dianjurkan selama sehari tahun lepas. Kali ini, ia akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 Ogos ini.

Apa yang best? dah tentunya Resident Evil 2 Remake! Ya, permainan video ini boleh dimainkan di PSX SEA di Bangkok nanti. Percubaan ini adalah yang pertama diberikan kepada peminat di rantau Asia Tenggara.

PlayStation Asia memuat naik satu twit mengatakan Resident Evil 2 boleh dimainkan. Mereka juga menyediakan link seperti boleh dilihat di atas.

Peminat Resident Evil pastinya dah lama menantikan saat ini untuk mengimbau kembali nostalgia sebagai Leon dan Claire. Apa yang pasti, Capcom tidak mendedahkan jika demo itu hanya terhad kepada kempen Leon saja ataupun Claire.

Sumber: Twitter

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser