PUBG Mobile: Peta Sanhok Sudah Tiba Dan Menambah Senjata, Kenderaan Dan Macam-Macam Lagi
2018-09-12T03:59:07
By: Editorial Team

PUBG Mobile: Peta Sanhok Sudah Tiba Dan Menambah Senjata, Kenderaan Dan Macam-Macam Lagi

 

Ketika korang masih lagi menunggu giliran untuk main Fortnite di Android, PUBG Mobile baru sahaja melancarkan satu update terbaru, v0.8.0 yang menambah masuk peta tropika terbaru, Sanhok bersama-sama senjata, kenderaan dan sistem terbaru dipanggil sebagai Boot Camp.

Peta Sanhok merupakan update yang paling ditunggu-tunggu setelah dilancarkan untuk versi PC pada Jun lalu. Untuk versi mobile, peta Sanhok akan memuatkan 100 pemain dalam peta lebih kecil berbanding peta Erangel atau Miramar.

Pemain boleh terjun masuk ke peta hutan hujan tropika Sanhok, menyelongkar senjata-senjata baru diperkenalkan seperti QBZ assault rifle, shotgun Duckbill dan juga sebuah flare gun sebagai satu isyarat airdrop bagi mendapatkan M24 sniper rifle dalam zon play mode.

Luar dari zon play mode, pemain boleh memandu kenderaan baru, jip Bulletproof UAZ atau memandu lebih bergaya dalam muscle car.

Sistem Boot Camp pula diperkenalkan untuk pemain baru PUBG Mobile. Korang akan dapat ganjaran selepas dapat menyiapkan Boot Camp selama seminggu. Pemain lama juga boleh menyiapkan misi Boot Camp dan akan dapat ganjaran selepas siap misi berkenaan.

Sumber: Techzamazing dari YouTube

Untuk memberi erti kata lain terhadap frasa ikonik “winner winner chicken dinner”, update baru membolehkan korang baling buah epal ke pemain lain di spawn island. Maka, seimbanglah diet pemain PUBG Mobile.

Korang boleh baca nota patch untuk v0.8.0 termasuk Season Data, Anti-Cheating Measures dan banyak lagi di sini.

Update v0.8.0 dilancarkan secara berperingkat bermula pada hari ini untuk Android.

Sumber: Android Police

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati