Nintendo Sedang Melancarkan ‘Set Nintendo Switch Kedua’ Bagi Pasaran Jepun
2018-05-24T04:22:45
By: Hazril Md Nor

Nintendo Sedang Melancarkan ‘Set Nintendo Switch Kedua’ Bagi Pasaran Jepun

 

Nintendo sedang sibuk menyiapkan ‘Set Nintendo Switch Kedua’ yang tak termasuk Dock, Joy-Con Grip, AC Adapter dan kabel HDMI. Set itu boleh didapati melalui My Nintendo Store di Jepun tak lama lagi.

Kalau diperhatikan, set itu hanya mempunyai konsol Nintendo Switch, Joy-Con L & R, dan dua straps Joy-Con. Ia berharga hanya 24,980 Yen (RM909) berbanding 29,980 Yen (RM1091) dengan mengasingkan komponen lain. Set ini sebenarnya disasarkan untuk mereka yang membeli lebih dari satu Switch untuk setiap isi rumah.

 

Sama dengan set Nintendo Switch biasa, pembeli di My Nintendo Store boleh mengubah suai warna Joy-Cons dengan warna grey, merah, biru, kuning, hijau dan merah jambu. Sama juga untuk straps.

Nintendo sebelum ini dah lama mengatakan mereka ingin Switch menjadi konsol untuk lebih ramai ahli keluarga dalam satu kediaman dan cara ini adalah yang paling sesuai dilakukan.

Sama ada set ini akan hadir ke Malaysia masih menjadi tanda tanya. Tapi ia bukan mustahil!

 

Sumber: Siliconera

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser