NieR: Automata Kini Terjual Lebih Tiga Juta Salinan
2018-06-07T06:13:47
By: Hazril Md Nor

NieR: Automata Kini Terjual Lebih Tiga Juta Salinan

 

NieR: Automata, sekuel kepada NieR yang tak berapa mendapat sambutan sejak tahun lalu kini memperoleh tiga juta unit salinan terjual.

Akaun rasmi Twitter Jepun itu mengesahkan permainan aksi/RPG NieR: Automata terjual tiga juta unit sejak dikeluarkan tahun lepas. Ia termasuk platform PlayStation 4 dan PC/Steam; dan juga termasuk jualan fizikal dan digital.

“NieR: Automata” telah melebihi 3 juta unit di seluruh dunia dan juga jumlah muat turun. Terima kasih tak terhingga.”

Permainan itu, yang dibangunkan oleh pengarah Yoko Taro dan Platinum Games (Bayonetta), sangat berlainan daripada permainan asal tapi pada masa yang sama menampilkan visual lebih cantik, persekitaran dunia terbuka dan gameplay yang menyeronokkan. 

Ini juga menunjukkan tanda baik kepada Square Enix sempena E3 2018 minggu ini. Syarikat itu mempunyai sidang media pada Selasa dan mungkin sekuel kepada NieR: Automata akan diumumkan dalam persidangan itu. 

NieR: Automata boleh dimainkan di PC dan PlayStation 4 sekarang dan mungkin akan hadir ke Xbox One juga tak lama lagi.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating