Mega Man 20XX Akan Hadir Ke PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One Pada Julai Ini
2018-05-24T04:39:14
By: Hazril Md Nor

Mega Man 20XX Akan Hadir Ke PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One Pada Julai Ini

 

Mega Man Legacy Collection 1 + 2 baru saja dikeluarkan untuk Nintendo Switch; dan nampaknya kita akan mendapatkan lebih banyak game tahun ini dengan Mega Man 11 dan Mega Man X Collection.

Selain itu, ada kejutan lain dari Fire Hose Games dan Batterystyaple Games yang mengumumkan permainan berbentuk platformer 20XX untuk konsol Julai ini. Ia akan hadir ke PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 10 Julai, diikuti oleh Xbox One pada hari berikutnya.

 

Ia juga memberi sokongan co-op dengan seorang pemain selain menyediakan pek DLC yang memperkenalkan karakter bernama Hawk; yang pada asalnya muncul di PC tahun lepas. Setakat ini, terdapat tiga karakter boleh dimainkan.

 

Permainan ini diinspirasikan dari judul klasik Mega Man dan diberi sentuhan moden. 20XX mencampurkan rekaan retro dan elemen roguelike. Dalam permainan ini, pemain boleh dash, melompat dan bertarung dengan musuh pada setiap stage.

Terdapat juga ciri menukar tahap kesukaran, cabaran daily ranked, dan co-op dalam talian ataupun local (tak perlu sambungan Internet). Setakat ini harganya masih belum diumumkan tapi versi di PC dijual di Steam dengan harga USD$14.99. Peminat Mega Man, jangan korang terlepas bermain permainan ini bersama ahli keluarga di rumah!

 

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail