Mavericks: Proving Grounds Adalah Battle Royale 1,000 Orang – Ada Elemen MMORPG
2018-06-12T07:14:48
By: Hazril Md Nor

Mavericks: Proving Grounds Adalah Battle Royale 1,000 Orang – Ada Elemen MMORPG

 

Automaton Games melancarkan trailer terbaru untuk genre Battle Royale yang sekarang popular: Mavericks: Proving Grounds. CEO James Thompson berkata dalam persidangan PC Gaming Show di E3 pagi tadi, ia akan fokus pada kematian dan juga survival

Fortnite dan PUBG menawarkan pertarungan sehingga 100 orang, Mavericks pula mengumpulkan 1,000 orang pemain! Korang boleh party sebagai skuad sehingga lima orang pemain dan bukan empat orang.

Selain itu Mavericks menambahkan misi single-player dan objektif. Kombinasi SpatialOS dan CryEngine membawa pengalaman pertarungan yang lebih dinamik dan lancar dan menggalakkan play style berlainan, dari Sniper hinggalah melee.  Tapi dalam trailer, tak menunjukkan gameplay yang nyata jadi kita masih belum dapat gambaran tepat.

Bagaimanapun, first-person footage menunjukkan ada pelbagai senjata seperti pistol, letupan, assault rifles dan Sniper.

Permainan ini juga meletakkan diri mereka lain dari judul Battle Royale yang ada dengan stail MMORPG dan ciri sosial. Beta tertutup akan memuatkan 100,000 pemain dalam server jadi cepat-cepat daftar untuk cuba!

Sumber: Polygon

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating