League of Legends: Kuala Lumpur Hunters Catat Rekod Baru, Tempat Kedua Di Garena Premier League
2018-04-02T05:16:26
By: Hazril Md Nor

League of Legends: Kuala Lumpur Hunters Catat Rekod Baru, Tempat Kedua Di Garena Premier League

 

Rasa berbangga. Dari sudut hati penulis sendiri, terasa teruja apabila nampak pasukan e-sukan kita dah berjaya ke satu tahap lebih baik berbanding dulu. Walaupun tak dapat julang trofi, tapi kedudukan di tempat kedua dah cukup untuk menunjukkan kemampuan pemain kita bersaing di pentas antarabangsa.

Situasi itu yang terjadi kepada skuad League of Legends negara, Kuala Lumpur Hunters yang berjaya raih tempat kedua di Garena Premier League Spring 2018 di Bangkok, Thailand, semalam. Syabas korang!

Ya, mereka dah bertanding dalam kejohanan itu untuk 6 tahun. Penulis dan rakyat Malaysia sendiri mengharapkan mereka tamatkan kemarau itu untuk pertama kalinya. Tapi apakan daya, masih ada ruang untuk diperbaiki.

Mengikut rekod sebelum ini, Kuala Lumpur Hunters yang mengalami pertukaran roster sepanjang 6 tahun hanya berjaya meraih tempat ketiga dan keempat di GPL. Tapi kali ini mereka berjaya raih tempat kedua dan hanya tewas di tangan Team Ascension dari Thailand yang juga tuan rumah.

Walaupun tak berjaya tempat slot ke Mid Season Invitational (MSI), tapi Kuala Lumpur Hunters mempamerkan prestasi yang baik dan ini adalah satu rekod baru dalam LOL scene di Malaysia khususnya.

Semoga selepas ini KLH dapat mewakili Malaysia sekali lagi dan akhirnya beraksi dalam Worlds. Syabas!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati