‘Konsol Generasi Baru Masih Diperlukan’ – Kata Sony Mengenai PlayStation 5
2018-10-10T06:29:36
By: Hazril Md Nor

‘Konsol Generasi Baru Masih Diperlukan’ – Kata Sony Mengenai PlayStation 5

 

Sony mengesahkan mereka sedang menyiapkan PlayStation seterusnya walaupun tidak memanggilnya sebagai PlayStation 5.

Dalam satu temubual bersama Finantical Times [Paywall], CEO Sony, Kenichiro Yoshida ditanyakan jika ada kemungkinan untuk konsol (PlayStation) generasi seterusnya.

“Pada saat ini, saya hanya boleh katakan ia (konsol generasi baru) diperlukan,”. Yoshida bagaimanapun tak memanggilnya sebagai PlayStation 5 tapi kita semua tahu itu adalah projek mereka seterusnya.

Financial Times juga melaporkan dari sumber boleh dipercayai, berkata yang Sony mungkin tengah menyiapkan produk baru iaitu tablet untuk sambung ke pelbagai peranti. Ia mungkin adalah pesaing kepada Xbox punya Project xCloud.

PlayStation 5 mungkin masih menantikan tarikh pelancaran untuk beberapa tahun lagi tapi apa pun boleh terjadi kalau Sony mempunyai pelan lain.

Sumber: VG247

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail