Ketua Pegawai Esekutif Roblox (CEO), David Baszucki mempertahankan pengimbas muka untuk umur dan mengatakan masalah pemangsa bawah umur adalah satu “peluang”.
Berdasarkan petikan dari Dexerto, komen ini ditutur Baszucki ketika podcast New York Times (NYT) Hard Fork.
Jawapan ini diberikan setelah soalan dari NYT yang meminta komen mengenai kes saman dan penelitian orang awam terhadap keselamatan kanak-kanak di Roblox.
Syarikat tersebut mengatakan sistem itu tidak akan menyimpan gambar tetapi akan membantu dalam mengasingkan individu bawah umur dari orang dewasa sekaligus mengekang chat diantara kategori umur.
Roblox sebelum ini hanya berharap kepada sistem tapisan teks, muat naik ID foto, dan umur yang dilaporkan pemain. Mereka mengaku sistem lama ini tidak boleh diharap sepenuhnya pada skala yang besar.
Menjawab kepada skala masalah pemangsa bawah umur di Roblox. “Tidak semestinya perkara ini adalah satu masalah, tetapi boleh menjadi satu ‘peluang’ juga,” katanya.
Tambahan lagi, Baszucki juga mengatakan pelantar itu mempunyai lebih 150 pengguna aktif sehari dan 11 bilion masa bermain setiap bulan.

Foto: Roblox Corporation
Roblox perlu menjadi pemacu untuk mengadaptasikan teknologi baru untuk anggaran umur muka.
Selain itu,Baszucki juga tidak bersetuju yang pelantar Roblox adalah tempat pemangsa bawah umur mencari kanak-kanak tetapi dia juga mengaku bahawa media mengatakan sebegitu.
Penemuduga NYT juga bertanya mengenai pengguna yang boleh melepasi pengimbas umur dan CEO Roblox mengatakan mereka akan sentiasa berinnovasi untuk memastikan sistem tapisan lebih selamat.
Roblox baru-baru ini Roblox akan mewajibkan pengecaman muka untuk elak kanak-kanak chat dengan orang dewasa.