Keahlian Nintendo Online Untuk Switch Didedahkan, Kadar Lebih Murah Berbanding Sistem Di Konsol Lain
2018-05-08T04:29:26
By: Hazril Md Nor

Keahlian Nintendo Online Untuk Switch Didedahkan, Kadar Lebih Murah Berbanding Sistem Di Konsol Lain

 

Nintendo baru saja mendedahkan sistem seakan PlayStation Plus iaitu Nintendo Switch Online network. Nampaknya, harganya sangat kompetitif kerana lebih murah daripada yang lain, mungkin yang paling rendah untuk konsol.

 

Mengikut kadar Dollar Amerika Syarikat:

Sebulan: USD3.99
Tiga bulan: USD7.99
Setahun: USD19.99
Keahlian Keluarga (12 bulan): USD34.99

Dengan keahlian keluarga, sehingga lapan akaun Nintendo boleh menggunakan servis dalam talian ini walaupun di sistem berlainan.

Nintendo juga akan memfokuskan kepada permainan klasik Nintendo Entertainment System. 10 game pertama untuk servis ini apabila ia dilancarkan di September ialah Balloon Fight, Dr. Mario dan Super Mario Bros. 3 bersama Donkey Kong, Ice Climber, The Legend of Zelda, Mario Bros, Soccer, Super Mario Bros. dan Tennis.

Pelan mereka ialah memasarkan permainan klasik yang dimulakan dengan 20 games dan akan ditambah secara berperingkat. Ini bermakna 10 judul seterusnya akan diperkenalkan nanti.

Save Data Cloud Backup: Dengan menggunakan Nintendo Switch Online, penyimpanan (backup) untuk save data bagi permainan Nintendo Switch akan disimpan secara dalam talian. Ini sebenarnya bagus untuk mereka yang ingin mendapatkan kembali data jika hilang.

Online Play: Keahlian Nintendo Switch Online diperlukan untuk mengakses kandungan kompetitif dalam talian seperti Splatoon 2, Mario Kart 8 Deluxe, ARMS, Mario Tennis Aces dan Sushi Striker: The Way of Sushido. 

Nintendo Switch Online App: Aplihkasi telefon pintar Nintendo Switch Online ini boleh digunakan untuk menaik taraf sesi permainan dalam talian untuk game yang sesuai dimainkan menerusi chat suara dan ciri lain.

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail