Info Terkini DLC Resident Evil 7, Not A Hero Dan End of Zoe Didedahkan
2017-12-04T01:00:44
By: Hazril Md Nor

Info Terkini DLC Resident Evil 7, Not A Hero Dan End of Zoe Didedahkan

 

Tak sabar nak tahu info terkini Resident Evil 7 Not a Hero DLC? Capcom ada mendedahkan butirannya dalam satu temubual bersama Dengeki Online.

Mengikut terjemahan daripada artikel itu, tema Not a Hero berkisarkan mengenai Chris vs Lucas. Ini masuk akal kerana Chris Redfield dilihat memburu Lucas untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai bioterrorism. 

Expansion percuma itu dimainkan agak berlainan dari kempen utama kerana Chris mempunyai kemampuan berbeza berbanding Ethan. Ini kerana Chris lebih terlatih sebagai ejen S.T.A.R.S.

Maklumat mengenai Resident Evil 7 Not a Hero 

Judul itu menandakan kita akan melihat lebih banyak pendedahan daripada Chris dan kenapa dia sedang bekerja bersama Umbrella.

Sebagai karakter, Chris dikawal berbeza daripada Ethan. Pertamanya, dia lebih pantas bergerak dan mengisi peluru serta mampu stun dan menumbuk musuh seperti dalam keluaran Resident Evil yang lepas. Dia juga dilengkapi senjata lebih deadly dan canggih.

Lihat klip video gameplay yang didedahkan setakat ini:

Ketahui nasib Zoe

End of Zoe juga didedahkan sedikit detailnya yang mana kandungan ini dicipta kerana korang tak dapat selamatkan dia dalam kempen utama. Oleh itu, Capcom ingin berikan pemain peluang bermain dalam satu plot ekstra yang berkisarkan nasib Zoe.

DLC itu juga akan memperkenalkan karakter bernama Joe yang nampaknya mengenali Zoe. Penulis rasa dia adalah abang kepada Jack Backers, ayah kepada Zoe.

Dia dimainkan tanpa ada senjata dan pemain perlu bijak menggunakan skill survivalist Joe untuk melawan musuh yang mendatang.

End of Zoe akan ditempatkan di kawasan paya berdekatan rumah agam Baker yang mana korang akan berdepan musuh baru. Capcom mengacah pemain dengan mengatakan mereka perlu berjaga-jaga dengan ‘mulut besar’. 

Akhir sekali, DLC akan memanfaatkan sistem bunyi terbaru yang dikenali sebagai teknologi ViReal. Ia masih diuji dan digunakan dalam Monster Hunter World oleh Capcom.

Kedua-dua DLC ini akan dimuatkan dalam Resident Evil 7 Gold Edition bersama-sama DLC lain dan permainan penuh. Ia akan dilancarkan pada 12 Disember ini. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati