Grand Theft Auto V Hampir Mencecah Jualan 100 Juta Unit!
2018-05-17T05:51:09
By: Hazril Md Nor

Grand Theft Auto V Hampir Mencecah Jualan 100 Juta Unit!

 

Beberapa bulan dulu, permainan Grand Theft Auto V (GTA V) dari Rockstar Games mencatatkan sejarah baru dalam industri permainan video dengan angka jualan sebanyak 90 juta unit!

Mengikut maklumat baru diterima, Ketua Pegawai Eksekutif Take Two, Strauss Zelnick mengesahkan game itu sebenarnya terjual dengan lebih banyak. Mengikut angka jualan terkini, GTA V berjaya meraih 5 juta salinan lagi selepas rekod 90 juta itu. Tak lama lagi dah sebelum ia cecah 100 juta salinan.

 

Boleh dikatakan faktor yang mempengaruhi hasil jualan ialah edisi premium terbaru dari Rockstar dengan in-game-items tambahan dan wang untuk dibelanja. Selain itu, ada mod Grand Theft Auto Online juga terus menyumbang lagi lagi minggu ini dengan pengenalan mod Battle Royale baru.

 

Apa pelan seterusnya untuk GTA? pertamanya, penambahan baru dalam dunia GTA Online dan perancangan untuk pelancaran di Nintendo Switch yang akan melonjakkan lagi hasil jualan. Tapi ia bukan muktamad lagi. Kita nantikan di E3 2018 Jun ini ya!

 

Kami di MyGameOn pastinya bersedia untuk sambut 100 juta unit salinan bagi GTA V tak lama lagi. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser