FrostFire CS:GO Mara Ke Pusingan Kelayakan Asia Tenggara Untuk WESG
2018-09-23T08:30:10
By: Hazril Md Nor

FrostFire CS:GO Mara Ke Pusingan Kelayakan Asia Tenggara Untuk WESG

 

Sekali lagi mewakili negara, siapa lagi kalau tak bukan FrostFire CS:GO!

Sempena kelayakan terakhir Malaysia bagi acara World Electronic Sports Games (WESG), FrostFire menang ke atas pasukan tempatan, Cove Esports dengan markah 2-0.

Bagi peta pertama, mereka memperoleh markah 16-5 dan peta kedua pula dengan skor 16-14, begitu sengit sekali!

Mereka akan bertarung pula di satu lagi kelayakan seterusnya bagi peringkat Asia Tenggara pada bulan November ini berdepan dengan skuad hebat seperti Vindicta dari Singapura, Nemesis Gaming dari Myanmar dan ramai lagi.

Pengarah E-Sukan FrostFire, Clement Hui berkata, pihaknya memberi bantuan sewajarnya kepada ahli pasukan untuk persembahan terbaik.

“Dari segi latihan, kami sediakan fasiliti yang sesuai iaitu Pantheon untuk meningkatkan prestasi pemain-pemain ini selain menyediakan jurulatih yang pakar,” katanya.

Kejayaan FrostFire tak terhenti dari situ. Menurut Clement, mereka juga akan cuba beraksi dengan baik di IESF dan Zowieland.

“Dari situ kami akan mencari pasukan berbakat untuk latihan ‘scrim’ dan juga merancang strategi dan latihan yang disediakan oleh jurulatih,” katanya.

Kami dari MyGameOn mengucapkan selamat maju jaya kepada FrostFire CS:GO dan diharap mereka akan berjaya melepask pusingan kelayakan Asia Tenggara tak lama lagi.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating