Fortnite Mungkin Akan Hadir Ke Android Bersama-Sama Dengan Samsung Galaxy Note 9
2018-07-27T07:20:53
By: Hazril Md Nor

Fortnite Mungkin Akan Hadir Ke Android Bersama-Sama Dengan Samsung Galaxy Note 9

 

Fortnite dah pun berada hampir di semua platform kecuali satu.. Pengguna Android tertanya-tanya bila mereka akan dapat bermain permainan terhangat dari Epic Games ini.

Jangan risau kerana terdapat maklumat baru dari GamingBolt yang mengatakan game itu akan dilancarkan beberapa bulan dari sekarang.

Mengikut laporan itu, ia akan dilancarkan hanya apabila Galaxy Note 9 dilancarkan dalam masa sebulan. Walaupun Note 9 biasanya dilancarkan pada September (mengikut kalendar tahunan Samsung), pastinya pelancaran bersama Fortnite akan memberi kejutan dan bonus kepada semua.

Ini bermakna mungkin pengguna Samsung Note 9 akan menerima V-Bucks percuma, skins percuma dan banyak lagi termasuklah 30 hari eksklusiviti untuk permainan itu. Ada juga laporan mengatakan permainan ini akan menyokong penggunaan Samsung S-Pen, memberi kebolehan untuk sokongan stylus dan bidikan lebih tepat bagi sesiapa yang tak mampu berbuat demikian menggunakan jari.

Selain itu, kedengaran Samsung mungkin akan bercakap dengan Tyler “Ninja” Blevins untuk hadir sebagai tetamu istimewa bagi pelancaran Fortnite. Tapi buat masa sekarang, Ninja masih belum memberikan jawapan.

Macam mana pun, korang perlu bersabar dan boleh menganggap ini hanya spekulasi kerana Samsung atau Epic Games masih belum memberi kenyataan mengenai kolaborasi ini. Kalau ia terjadi, nampaknya Samsung membayar Fortnite agak banyak untuk pelancaran Fortnite bersama Galaxy Note 9 ini.

Fortnite dah pun sedia dimainkan di Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch, peranti iOS dan PC.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser