Jika korang macam terlepas pandang, Fortnite akhirnya melebarkan sayapnya ke peranti Android pada bulan Ogos lalu.
Pada permulaanya, Fortnite di Android khas untuk pengguna telefon Samsung Galaxy sahaja untuk fasa beta. Lama kelamaan, beta Fortnite di Android diperluaskan untuk jenama telefon pintar selain jenama Samsung tetapi perlukan beta invite pula.

Bermula hari ini, korang tak perlu susah payah untuk tunggu beta invite untuk main Fortnite di Android. Sekarang, korang boleh bermain Fortnite di Android tetapi korang kena tengok dulu jika telefon Android korang sehati sejiwa untuk mainkan aplikasi Fortnite.
Jom kita lihat senarai jenama telefon pintar yang boleh main Fortnite:
Dah tengok senarai panjang berjela-jela ini tetapi tiada jenama telefon milik korang? Jangan risau, korang masih lagi boleh main Fortnite di Android asalkan telefon korang memenuhi spesifikasi ini:
Untuk makluman korang, Fortnite tidak tersedia di Google Play Store. Sebaliknya, korang kena pergi ke laman sesawang rasmi Epic Games untuk download beta Fortnite terus melalui browser. Dapatkan Fortnite di Android di sini.
Korang kena lalu beberapa langkah keselamatan terlebih dahulu untuk membenarkan Fortnite di telefon pintar. Lepas korang dah dapat install Fortnite, korang boleh sync akaun korang ke platform lain di PC, Xbox One, Nintendo Switch, PS4 dan iOS. Yay, cross-play!
Sumber: GamesRadar