Fortnite Bekerjasama Dengan Syarikat Perlesenan Untuk Pengeluaran Merchandise Rasmi
2018-05-23T05:14:57
By: Hazril Md Nor

Fortnite Bekerjasama Dengan Syarikat Perlesenan Untuk Pengeluaran Merchandise Rasmi

 

Selepas pengumuman USD$100 juta untuk prize pool bagi kejohanan Fortnite musim 2017-2018, Epic Games kini bercadang mengeluarkan merchandise yang rasmi menerusi IMG Licensing sebagai rakan kongsi.

Kolaborasi itu diumumkan hari ini dari IMG Licensing yang mengesahkan Epic Games memilih mereka sebagai “agensi global yang eksklusif untuk perlesenan produk pengguna dan juga promosi”. 

Ini bermakna IMG Licensing akan menghubungkan Epic Games dengan syarikat lain untuk membawakan produk rasmi Fortnite pada masa depan.

“Pemain nakkan barangan Fortnite sampaikan mereka buat sendiri (tidak rasmi). Kami sukakan kesungguhan itu dan rasa sudah tiba masanya untuk memberikan produk rasmi yang berkualiti tinggi,” kata Mark Rein, Naib Presiden Epic Games.

Mungkin ini masanya Epic Games mengambil iktibar dari laman web merchandise popular seperti Redbubble dan TeePublic yang menjual baju dan barangan lain seperti topi, gelas dan sebagainya. Rekaan corak pada barangan ini adalah milik pelukis bebas yang mendapat keuntungan apabila pengguna membelinya.

Epic Games masih belum mendedahkan produk apa yang ingin disasarkan untuk pasaran pengguna. Tapi apa pun, setiap produk yang ada lambang Fortnite mesti terjual dengan laku. Untuk pengetahuan korang, IMG pernah berkolaborasi bersama The Simpsons, Lamborghini, Mountain Dew dan banyak lagi.

Sumber: Comicbook

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating