Flash Vision Menaja Pasukan Profesional Arena Of Valor, Team Penang Food
2018-09-03T07:40:28
By: Hazril Md Nor

Flash Vision Menaja Pasukan Profesional Arena Of Valor, Team Penang Food

 

Organisasi e-sukan, Flash Vision hari ini mengumumkan penambahan pada division mereka dengan memperkenalkan skuad baru iaitu Team Penang Food untuk permainan mudah alih Arena of Valor.

Pasukan ini berjaya menempa nama dalam industri e-sukan tempatan dengan beberapa pencapaian membanggakan antaranya memperoleh tempat ketiga dalam Valor Cup musim pertama, tempat kedua di Johor Gegaria Fest 2018 dan lain-lain.

Pengumuman ini bermakna Penang Food akan dijenamakan sebagai FV Penang Food.

Pengasas Flash Vision, Johnny Tan berkata, mereka bukan saja setakat mendapat tajaan tapi juga memperoleh gaji bulanan dan insentif daripada penaja. 

Kolaborasi bersama ini adalah hasil usahama dari Kitamen, Tamago, MyGameOn dan Aegis Gaming Apparel. 

FV Penang Food dianggotai oleh Koay Wen Kai, Poh Jing Sheng, Loh Jia Siang, Poon Chee Wai, Roland Tan, Sam Son dan juga Khoo El Bin. Pastinya dengan penajaan ini mampu meningkatkan lagi prestasi mereka dalam menjadi pasukan AOV terbaik di Malaysia dan mampu melebarkan sayap ke luar negara nanti!

Flash Vision juga mempunyai skuad Mobile Legends tempatan seperti Borneo Dragon, Honor MyA, Mysterious Titanz dan lain-lain. Mereka juga memfokuskan pada penajaan untuk pemain fighting game, Dota 2 dan Pro Evolution Soccer (PES). 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating