Filem Reboot Mortal Kombat Mungkin Tak Akan Tampilkan Sub-Zero Dan Scorpion
2018-07-12T04:11:09
By: Hazril Md Nor

Filem Reboot Mortal Kombat Mungkin Tak Akan Tampilkan Sub-Zero Dan Scorpion

 

Awal minggu ini, gempar apabila maklumat mengenai senarai pelakon karakter filem reboot Mortal Kombat diumumkan. Sejak itu, produser mendedahkan senarai pelakon yang lebih spesifik.

Sumber dari The Hashtag Show menunjukkan senarai panjang karakter yang perlu dilakonkan. Antaranya ialah Cole Turner, Kano, Sonya Blade, Mileena dan ramai lagi – tapi Scorpion dan Sub-Zero kedua-duanya tak disenaraikan. Bagaimanapun, produser Todd Garner berkata elakkan dari mempercayai maklumat yang belum lagi sah.

“Tak ada apa yang berlaku dalam filem ini setakat ini jadi semua berita adalah premature belaka,” 

 

Todd berkata premature bukan palsu atau salah. Walaupun Sub-Zero dan Scorpion missing in action, ia tak bermakna mereka takkan berada dalam filem. Mungkin saja kedua karakter ini dicipta menggunakan CGI dan tak perlukan pelakon untuk memainkan watak mereka.

 

Kalau filem Mortal Kombat tak mempunyai Sub-Zero dan Scorpion, adakah ia layak dipanggil Mortal Kombat?

Buat sementara ini, tiada lagi maklumat yang betul-betul sah dan final untuk senarai karakter yang akan ditampilkan. 

Sumber: Comicbook

 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail