‘Esports Centre Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat,’ – Saddiq
2018-09-24T09:40:51
By: Hazril Md Nor

‘Esports Centre Sedia Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat,’ – Saddiq

 

Sebelum ini, kami melaporkan e-stadium sedang dibangunkan. Semalam, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memperincikan lebih lanjut mengenai pelan ini.

Di acara penutupan pusingan kelayakan Malaysia bagi World Electronic Sports Games (WESG), Saddiq berkata, e-stadium ataupun esports mall itu mempunyai pelbagai fungsi dan bukan saja sebagai tempat latihan.

“Ia adalah hab esports atau centre pertama di ASEAN dan sekarang di Malaysia. Terima kasih kepada Tune dan AirAsia.

“Ia bukan sahaja tempat untuk gamers berlatih tapi masa yang sama akan memasukkan vocational education dan training berkait rapat dengan esports dan gaming,” katanya.

Saddiq juga berkata ini adalah amat penting kerana gaming bukan saja menumpukan pada pemain profesional sahaja.

“Akan ada coaching side, marketing side, it side, gaming software development side yang berkait rapat dengan semua industri bagi menjana pendapatan dan beri peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan,” katanya.

Di Twitter peribadi milik beliau, Saddiq juga mengumumkan e-stadium itu akan bertempat di Klang dan dinamakan sebagai AirAsia Esports Centre

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating
2 months ago
Tiada Lagi Bato: Salah Satu Empayar Terbesar Manga Cetak Rompak Kini Mati