DOTA 2: Team Secret Menang Mudah 2-0
2018-11-16T06:30:20
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Team Secret Menang Mudah 2-0

 

Perlawanan pembukaan untuk The Kuala Lumpur Major Dota 2 akhirnya dimulakan!

Pada game pertama, kita boleh saksikan bagaimana line up Secret begitu mendominasi dengan hero seperti Kunkka dan Weaver yang sangat kuat pada early game

Ditambah lagi dengan bantuan support, mereka berjaya menundukkan PSG.LGD pada perlawanan pertama.

Pada game kedua, kita nampak mereka menggunakan line up yang agak berhati-hati kerana lebih mengharapkan setup kills dan percaturan yang teliti. Hero sebagai Kunkka dan juga Centaur War Runner.

Pada minit ke 13, nampak Team Secret sedang leading dengan pembunuhan berterusan ke atas LGD. Ini semua berhasil kerana line up mereka yang penuh dengan disables

Pada minit ke-15, Midone pula berjaya menangkap support dan core LGD dengan ulti digunakan di kawasan bounty runes

Bagaimanapun pada minit ke-22, kita boleh saksikan PSG.LGD kembali mendominasi dengan bantuan Tinker dan juga Axe yang memulakan initiation.

Pada minit ke 40, Nisha dengan mudahnya mendominasi apabila kesemua item makin lengkap dan strategi meletakkan clone Arc Warden di atas, mengenakan damage yang tinggi kepada line up LGD dan kemudian mengakhiri permainan itu.

Nantikan perlawanan seterusnya antara NiP dan Virtus Pro!

Korang boleh saksikan kesemua perlawanan berlangsung di Twitch PGL Dota 2.

The Kuala Lumpur Major mengumpulkan 16 pasukan berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul USD 1 juta (kira-kira RM4.19 juta) dan 15,000 mata Dota Pro Circuit. 

Ia dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama PGL dan Imba TV bermula hari ini hingga Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil dan merupakan Major Dota 2 pertama di Malaysia!

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail