DOTA 2: OG Umum Penyertaan Ke Galaxy Battles 2 Bersama 6 Team Ini
2018-01-10T07:36:25
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: OG Umum Penyertaan Ke Galaxy Battles 2 Bersama 6 Team Ini

 

Selepas beberapa team mengumumkan pengunduran mereka daripada Galaxy Battles 2, nampaknya drama tak terhenti di situ, OG turut menukar roster mereka dengan menambah dua orang stand-in iaitu 7Mad dan Khezu bagi menggantikan S4 dan N0tail untuk menyertai kejohanan di Filipina ini.

Ini kenyataan rasmi daripada laman Facebook mereka:

Bersama-sama dengan OG ialah TNC Pro Team,  VGJ.Thunder, Evil Geniuses, paIN Gaming, Infamous dan Team Spirit. Ini meninggalkan hanya dua team iaitu LGD LFY dan Team Empire yang belum membuat keputusan. Tapi memandangkan tinggal 5 hari lagi sebelum mula kejohanan, mereka pastinya akan umumkan dalam masa terdekat.

Penganjur juga ada mengumumkan akan beri refund kepada peminat yang tidak lagi berminat untuk menonton kejohanan itu. Korang boleh lihat artikel itu di SINI.

Skuad Direct Invite ke Galaxy Battles 2:

Newbee (tarik diri)
OG (join)
TNC (join)
Infamous (join)
LGD Forever Young (belum announced)
Evil Geniuses (join)
Team Liquid (tarik diri)
Virtus.Pro (tarik diri)

Skuad yang layak ke Galaxy Battles 2:

CIS: Team Spirit (join)
Asia Tenggara: Mineski (tarik diri)
Eropah: Team Secret (tarik diri)
Amerika Utara: OpTic Gaming (tarik diri)
China: VGJ. Thunder (join)
Amerika Selatan: paIN Gaming (join)
Wildcards: 2 slot

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser