DOTA 2: Dendi Belum ‘Bersara’, Sedang Cari Skuad Atau Pemain Baru
2018-09-04T09:46:28
By: Hazril Md Nor

DOTA 2: Dendi Belum ‘Bersara’, Sedang Cari Skuad Atau Pemain Baru

 

Sebelum ini kami melaporkan yang Dendi tak lagi bermain untuk Navi bagi musim 2018-2019. Selama 8 tahun bersama skuad itu, Danil ‘Dendi’ Ishutin ingin berubah haluan dan cuba keluar dari zon selesa.

Ada lah juga yang meramalkan legenda Dota 2 yang popular dengan Pudge’s Hook itu akan terus bersara dan tak lagi bermain Dota 2. Tapi nyata sangkaan peminat ini meleset apabila Dendi mengumumkan yang beliau akan terus bermain dan sedang giat mencari pasukan baru.

Ini adalah twit daripadanya:

Dalam twit ini, Dendi mengumumkan beliau ingin mencari pasukan ataupun pemain. Ini mungkin bermakna akan wujud #DendiStacks yang mana Dendi akan tubuhkan skuad Dota 2 baru di bawah CIS. Namun, setakat ini masih belum ada info lanjut mengenainya.

Jika Dendi sudah umum pasukan baru kelak, pastinya kami akan melaporkannya kepada korang. Nantikan berita lanjut dari MyGameOn! Apa pun jom layan video hook Dendi ni dulu.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail