Diablo 3 Di Switch Sudah Ada Tarikh Rasmi, Pre-Order Telah Dibuka
2018-09-14T08:09:42
By: Editorial Team

Diablo 3 Di Switch Sudah Ada Tarikh Rasmi, Pre-Order Telah Dibuka

 

Sebelum ini, kami pernah melaporkan Diablo 3: Eternal Collection akan dikeluarkan buat pertama kali untuk Nintendo Switch bulan lepas tetapi Blizzard akhirnya mengumumkan tarikh rasmi bagi Diablo 3 di Switch hari ini!

Kini, Nintendo sudah buka pre-order Diablo 3 secara digital di eShop dengan harga USD$59.99 (RM248). Pemilik Nintendo Switch juga memerlukan ruang sebanyak 14.3GB untuk game RPG. Korang juga boleh beli Diablo 3: Eternal Collection apabila tiba di kedai game pada November nanti.

Diablo 3 di Switch memberikan pengalaman Diablo 3 penuh dengan game asal termasuk kempen cerita, mod Adventure yang sentiasa bertukar-tukar mengikut lokasi dan Seasons yang mengikut tema bagi berpeluang dapatkan loot berharga. Bukan itu sahaja, expansion Reaper of Souls dan pek Rise of the Necromancer turut diserta sekali.

Versi Switch juga menambah masuk barangan eksklusif dari siri The Legend of Zelda iaitu armor kosmetik yang diinspirasikan oleh Ganondorf, sepasang kepak diinspirasikan dari Majora’s Mask, potret karakter Triforce dan satu haiwan belaan baru bernama Cucco.

Korang boleh masuk dungeon dan mengutip loot masyuk bersama rakan-rakan sehingga empat pemain sama ada melalui perkongsian skrin bersama mahupun secara online.

Diablo 3: Eternal Collection bakal dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 2 November 2018.

Sumber: Pocket Gamer

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Moderator Reddit tuntut dilayan taraf ‘selebriti’ setelah dibuang jadi mod LiveStreamFail