Deadly Standing Dari Hodeo Kojumbo Adalah Parodi, Boleh Dimainkan Di Android
2018-06-27T10:19:14
By: Hazril Md Nor

Deadly Standing Dari Hodeo Kojumbo Adalah Parodi, Boleh Dimainkan Di Android

 

Dah tak sabar nak main Death Stranding? Hodeo Kojumbo (nama seakan Hideo Kojima) melancarkan permainan terbarunya di peranti pintar bernama Deadly Standing.

Permainan parodi di PlayStore ini memang awesome sebab Hodeo sendiri menggunakan tema first-person shooter yang penuh dengan dark creatures dalam satu lokasi bersamaan seperti Death Stranding; latar tempat yang asing dan jauh dari manusia.

Deskripsi di Google Play Store juga mengatakan “Akhirnya anda boleh bermain sebagai Kojumbo yang genius. Semua orang tahu Kojumbo adalah genius. Jadi, permainan ini memang menarik. Ada berlaku kejadian aneh di seluruh dunia. Satu letupan besar mengubah dunia dan air tiada lagi. Semua hidupan laut terdampar di darat. Kematian menyelubungi satu planet. Ada makhluk jahat. Kadar kelahiran bayi diberhentikan tapi ada sedikit harapan dalam bentuk bayi ajaib,”

Jadi korang mempertahankan kanak-kanak itu daripada makhluk jahat tadi sementara menikmati hasil kreatif Kojumbo.

Perhatikan trailer di bawah ini.. sangat kelakar. Korang mengawal trak dan cuba membunuh makhluk yang memang tak berbahaya pun sebenarnya.

Muat turun: Deadly Standing

Sumber: Kotaku

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating