Bungie akur bayar pampasan untuk kes hak cipta Destiny 2 Red War
2025-11-17T07:48:54
By: Mike

Bungie akur bayar pampasan untuk kes hak cipta Destiny 2 Red War

 

Bungie kini mencapai kata sepakat bersama penulis sains fiksyen Matthew Martineau kerana melanggar hak cipta.

Pada Oktober tahun lalu, Martineau menyaman Bungie kerana mengambil idea penting seperti factions dan beberapa plot daripada novelnya yang mempunyai cerita yang sama dengan Red Legion dan beberapa elemen cerita yang muncul ketika Curse of Osiris.

Bungie mengatakan mereka tidak melanggar apa-apa hak cipta tetapi banyak isu berlaku kerana kandungan hak cipta yang dilanggar itu tidak lagi wujud di permainan video itu.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah kini menolak tindakan Bungie kerana terpaksa menggunakan video YouTube peminat dan laman wiki untuk kandungan Red War.

Bungie akhirnya akur untuk mengakhiri kes ini

Foto: Bungie

Menurut laporan daripada The Game Post, Bungie dan Matthew Martineau bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah.

Kos yang dipersetujui untuk penyelesaian ini tidak diberitahu oleh Bungie mahupun Martineau.

Foto: Bungie

Mahkamah mengatakan kedua-dua pihak mempunyai masa 60 hari untuk membuka semula kes jika ada apa-apa yang berlaku.

Menurut Bungie, versi Destiny 2 sekarang tidak lagi boleh dimainkan dengan kempen Red War kerana kandungan itu dibuang dan ‘disimpan’ pada tahun 2020.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser