Trailer Ketiga Red Dead Redemption 2 Akhirnya Ditayangkan Kepada Umum
2018-05-03T08:44:21
By: Hazril Md Nor

Trailer Ketiga Red Dead Redemption 2 Akhirnya Ditayangkan Kepada Umum

 

Permainan video Red Dead Redemption 2 kini mengeluarkan trailer ketiga semalam, menunjukkan bagaimana pemain mengawal karakter Arthur Morgan dan menyelami  permainan itu dengan lebih mendalam. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh Rockstar Games, pencipta GTA V.

Red Dead Redemption 2 mengikuti perjalanan Arthur Morgan dan geng Van Der Linde ketika mereka merompak, melawan dan mencuri di Amerika untuk teruskan hidup.

Permainan pertama mempunyai latar masa pada 1911 dan Red Dead Redemption 2 adalah prekuel kepadanya dan menggunakan latar masa 1899.

Ia dijadualkan untuk keluaran pada 26 Oktober ini di PlayStation 4 dan Xbox One, hampir 8 dan setengah tahun selepas keluaran pertamanya. Seperti biasa, Rockstar belum mengumumkan versi di PC.

Nampaknya trailer itu juga mengesahkan protagonis John Marston yang menjadi tunjang utama dalam Red Dead Redemption dan akan muncul di dalam prekuel ini. Dalam permainan asal, Marston perlu mencari dan menumpaskan musuh lamanya dalam Geng Dutch termasuklah Dutch van der Linde sendiri.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
YouTuber Bina Konsol Terhebat Tiga Dalam Satu