Update Baru Bahagian ‘Search’ PlayStation Store Mudahkan Pencarian Game Di PlayStation 4
2018-08-29T02:26:00
By: Editorial Team

Update Baru Bahagian ‘Search’ PlayStation Store Mudahkan Pencarian Game Di PlayStation 4

 

Setelah sekian lama, akhirnya Sony mengubah suai bahagian ‘search’ PlayStation Store supaya memudahkan pencarian game dan macam-macam lagi di PS4.

Memang tak dinafikan mencari game menggunakan bahagian ‘search’ di PlayStation Store semestinya membuatkan darah korang membuak-buak sebab korang terpaksa skrol setiap satu huruf perlahan-lahan untuk membentuk satu perkataan secara vertikal sehinggalah perkara yang korang nak cari itu muncul di bahagian kanan skrin. Tetapi semua itu tinggal sejarah.

Selamat jalan!

Pihak Sony mengambil masa hampir lima tahun untuk menaiktarafkan bahagian ‘search’ dengan meletakkan keyboard QWERTY di sebelah skrin kiri seperti gambar di bawah. Daripada menekan satu-satu huruf, mencari game lebih senang dengan hanya menggunakan analog stick dan d-pad controller DualShock 4. Korang juga boleh menaip di keyboard sebenar ataupun menggerakkan controller korang melalui kawalan gyro DualShock 4.

Pencarian PlayStation Store turut lebih meluas. Kini, pengguna PS4 boleh cari kandungan berdasarkan judul game, genre penerbit dan studio game yang korang mahukan.

Fungsi bahagian ‘search’ PlayStation Store sudah pun dilancarkan tanpa memerlukan sebarang update firmware.

Sumber: DualShockers

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Suami merayu isteri berhenti bermain Love and Deepspace kerana sistem simulasi dating