PUBG Mobile Mencatatkan 10 Juta Pemain Aktif Setiap Hari
2018-05-18T04:27:20
By: Hazril Md Nor

PUBG Mobile Mencatatkan 10 Juta Pemain Aktif Setiap Hari

 

Penulis tahu korang tengah excited main PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBG) sejak kebelakangan ini. Tapi korang nak tahu tak fakta lebih menarik? PUBG Mobile kini mencatatkan 10 juta pemain yang aktif dalam masa sehari di seluruh dunia!

Ya, angka yang begitu besar itu belum lagi termasuk pasaran China yang mempunyai dua versi berlainan PUBG yang khusus untuk peranti pintar itu. Sekarang, PUBG Mobile adalah permainan yang paling banyak dimuat turun di lebih 100 negara dan kawasan, seminggu selepas dilancarkan.

Lebih menarik, App Annie mendedahkan PUBG Mobile menjadi aplikasi permainan yang top grossing di 114 buah negara. 

Baru-baru ini, PUBG Mobile menambah peta padang pasir Miramar dan kenderaan baru untuk dipandu. Peta ketiga yang lebih kecil, dipanggil Sanhok kini sedang dibangunkan untuk versi di PC dan tak mustahil lagi akan dikeluarkan juga di versi peranti pintar tak lama lagi.

Sumber: Pocketgamer

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 months ago
Hasbro Disaman Pelabur Kerana Cetak Terlalu Banyak Kad Magic: The Gathering
2 months ago
Pandang pertama PokéPark Kanto – Akan dibuka 5 Februari ini
2 months ago
Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam
2 months ago
Mahkamah UK mengesahkan Gold RuneScape dikira sebagai kes kecurian setelah bekas pembangun mencuri gold bernilai RM2.78 juta
2 months ago
MAPPA dan Netflix umum perkongsian strategik
2 months ago
Rockstar Games bakal beri akses awal GTA 6 untuk seorang pesakit kanser